Isnin, 1hb Oktober 2018 – Jangkaan kehadiran lebih 170,000 penonton sepanjang tiga hari bagi perlumbaan yang bertaraf antarabangsa Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2018, Sepang International Circuit (SIC) telah menjalin kerjasama rapi dengan pelbagai agensi dalam perlaksanaan merangka pelan keselamatan, aliran trafik, logistik dan penguatkuasaan dengan pimpinan penuh oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).