Malay Version
PENYERTAAN ORANG KURANG UPAYA BAGI ACARA-ACARA DI LITAR
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap penyertaan orang kurang upaya (OKU) dalam acara-acara, program dan aktiviti di litar. Walau bagaimanapun, demi keselamatan mereka dan peserta lain, penyertaan bagi peserta OKU atau cacat fizikal adalah berdasarkan keputusan pihak penganjur dan SIC sebagai penyedia tempat untuk menjalankan acara-acara dan aktiviti di litar ini.
Sukan permotoran merupakan sukan yang berbahaya dan berisiko tinggi, pihak penganjur perlu memastikan keselamatan keseluruhan acara atau aktiviti yang terlibat, oleh itu, pihak penganjur berhak untuk menolak permohonan penyertaan oleh mana-mana pihak, terutamanya jika peserta tidak berupaya untuk menjalankan aktiviti di litar ini.
Untuk pertimbangan penyertaan, peserta kurang upaya perlu menyediakan bukti kelayakan minimum seperti lesen memandu atau lesen memandu OKU diperlukan. Sekiranya tidak ada, pihak penganjur mempunyai hak untuk menilai keadaan peserta OKU sebelum dibenarkan menyertai acara-acara di litar ini.
Sekiranya penyertaan diterima, pihak penganjur perlu memaklumkan kepada peserta lain yang berada di dalam slot / kumpulan yang sama dengan peserta OKU berkenaan. SIC mencadangkan dan menggalakkan pihak penganjur untuk membuat slot dedikasi untuk peserta kurang upaya / cacat fizikal.
Keputusan penganjur adalah muktamad. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Fazli Mukhtar Affandi di talian
+60127555731 (Whatsapp) atau
fazli.affandi@sepangcircuit.com