Kepada Pelanggan yang Dihargai,
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) telah dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2013 oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data dalam semua transaksi komersial.
Akta ini mewajibkan semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia untuk memaklumkan kepada anda berkenaan hak-hak anda berkaitan dengan Data Peribadi anda yang sedang diproses, yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga memerlukan setiap pelanggan kami untuk memberi deklarasi serta persetujuan kepada pihak kami agar pihak kami dapat menggunakan Data Peribadi pelanggan untuk keseluruhan aktiviti. Secara amnya, Akta ini adalah untuk memberi perlindungan ke atas Data Peribadi pihak anda. Kami adalah komited dalam memastikan Data Peribadi anda dilindungi.
Justeru, anda dimaklumkan di sini bahawa Data Peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan di dalam permohonan anda untuk mendaftar bagi melanggan apa-apa perkhidmatan SIC termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian, bakal digunakan dan diproses oleh SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT SDN BHD ("SIC") bagi maksud-maksud berikut:-
- mempertimbangkan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan servis dan fasiliti yang ditawarkan oleh SIC;
- mempertimbangkan permohonan langganan anda;
- untuk berhubung dengan anda;
- untuk memberi khidmat kepada anda;
- untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
- menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
- mentadbir penyertaan anda di dalam pertandingan-pertandingan;
- melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
- tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;
- untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan SIC;
- untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan rakan-rakan perniagaan kami yang berkaitan;
- kegiatan-kegiatan perniagaan SIC yang lain;
- maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma Penggunaan Laman Web SIC; dan/atau
- jika relevan, maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am.
(secara keseluruhan, "Maksud-Maksud)
Seterusnya, dimaklumkan bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda berkemungkinan dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia. Selain daripada yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda tidak akan dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan kepada pihak ketiga.
Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda adalah amat diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi persetujuan berkenaan kecuali sehubungan dengan pengiklanan atau pemasaran produk atau perkhidmatan SIC atau rakan-rakan perniagaan kami, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas dan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan mana-mana perkhidmatan SIC adalah tidak dapat kami luluskan.
Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta kepada SIC secara notis bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud berikut:-
- pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon produk atau perkhidmatan SIC atau rakan-rakan perniagaan kami;
- mengirim kepada anda menerusi telefon bahan pengiklanan atau pemasaran SIC atau rakan-rakan perniagaan kami;
- menghantar menerusi emel atau sistem pesanan ringkas (SMS) bahan pengiklanan atau pemasaran SIC atau rakan-rakan perniagaan kami; atau
- berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran SIC atau rakan-rakan perniagaan kami.
Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, atau pembetulan terhadap Data Peribadi atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di bawah:
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan |
|
Alamat pos |
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan
Sepang International Circuit Sdn Bhd
Jalan Pekeliling, 64000
KLIA, Sepang
Selangor Darul Ehsan |
Alamat emel |
inquiries@sepangcircuit.com |