• English Version
       

      Dear Valued Customer,

      The Personal Data Protection Act 2010 ("PDPA") came into force on 1 January 2013 by the Government of Malaysia to regulate the processing of Personal Data in all commercial transactions.

      The Act requires all companies and firms that are established in Malaysia to inform you of your rights in respect of your Personal Data that is being processed or to be collected and further processed by us and the purposes for the data processing. The Act also requires each of our customers to declare and consent to our company on the utilization of the customer’s Personal Data to conduct, hold, process and release/disclose for all of our businesses. In short, the PDPA protects your personal data.

      Hence, kindly be informed that the Personal Data and other information (collectively, “Personal Data”) provided in your application to register for the subscription to SIC services, including any additional information you may subsequently provide, may be used and processed by SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT SDN BHD ("SIC") for the following purposes:-

      • assessing your application to register for the use of SIC's facilities and services;
      • assessing your application for subscription;
      • to communicate with you;
      • to provide services to you;
      • to process your payment transactions;
      • respond to your inquiries;
      • administer your participation in contests;
      • conduct internal activities;
      • market surveys and trend analysis;
      • to provide you with information on products and services of SIC and our related corporations;
      • to provide you with information on products and services of our business partners;
      • other legitimate business activities of SIC;
      • such other purposes as set out in the SIC Website Terms of Use; and/or
      • if relevant, such other purposes as set out in the General Terms and Conditions.

      (collectively "Purposes")

      Further, please be informed that if required for any of the foregoing Purposes, your Personal Data may be transferred to locations outside Malaysia or disclosed to our related corporations, licensees, business partners and/or service providers who may be located within or outside Malaysia. Save for the foregoing, your Personal Data will not be knowingly transferred to any place outside Malaysia or be knowingly disclosed to any third party.

      In order to process your Personal Data, your consent is required. If you do not consent to the processing of your Personal Data other than in relation to the advertising or marketing of any product or service of SIC or our business partners, we cannot process your Personal Data for any of the above Purposes and we will not be able to approve your application for registration for use of SIC’s facilities and services.

      In relation to direct marketing, you may request SIC by written notice (in accordance with the following paragraph) not to process your Personal Data for any of the following Purposes:-

      1. advertising or marketing via phone any product or service of SIC or our business partners;
      2. sending to you via post any advertising or marketing material relating to any product or service of SIC or our business partners;
      3. sending to you via email or SMS any advertising or marketing material relating to any product or service of SIC or our business partners; or
      4. communicating to you by whatever means any advertising or marketing material of SIC or our business partners.

      You may at any time hereafter make inquiries, complaints and request for access to, or correction of, your Personal Data or limit the processing of your Personal Data by submitting such request to the Customer Service Officer of SIC via registered post or email as set out below.

      Customer Service Officer
      Postal address Customer Service Department
      Sepang International Circuit Sdn Bhd
      Jalan Pekeliling, 64000
      KLIA, Sepang
      Selangor Darul Ehsan
      Email address inquiries@sepangcircuit.com
    • Bahasa Malaysia Version
       

      Kepada Pelanggan yang Dihargai,

      Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) telah dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2013 oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data dalam semua transaksi komersial.

      Akta ini mewajibkan semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia untuk memaklumkan kepada anda berkenaan hak-hak anda berkaitan dengan Data Peribadi anda yang sedang diproses, yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga memerlukan setiap pelanggan kami untuk memberi deklarasi serta persetujuan kepada pihak kami agar pihak kami dapat menggunakan Data Peribadi pelanggan untuk keseluruhan aktiviti. Secara amnya, Akta ini adalah untuk memberi perlindungan ke atas Data Peribadi pihak anda. Kami adalah komited dalam memastikan Data Peribadi anda dilindungi.

      Justeru, anda dimaklumkan di sini bahawa Data Peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan di dalam permohonan anda untuk mendaftar bagi melanggan apa-apa perkhidmatan SIC termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian, bakal digunakan dan diproses oleh SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT SDN BHD ("SIC") bagi maksud-maksud berikut:-

      • mempertimbangkan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan servis dan fasiliti yang ditawarkan oleh SIC;
      • mempertimbangkan permohonan langganan anda;
      • untuk berhubung dengan anda;
      • untuk memberi khidmat kepada anda;
      • untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
      • menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
      • mentadbir penyertaan anda di dalam pertandingan-pertandingan;
      • melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
      • tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;
      • untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan SIC;
      • untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan rakan-rakan perniagaan kami yang berkaitan;
      • kegiatan-kegiatan perniagaan SIC yang lain;
      • maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma Penggunaan Laman Web SIC; dan/atau
      • jika relevan, maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am.

      (secara keseluruhan, "Maksud-Maksud)

      Seterusnya, dimaklumkan bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda berkemungkinan dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia. Selain daripada yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda tidak akan dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan kepada pihak ketiga.

      Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda adalah amat diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi persetujuan berkenaan kecuali sehubungan dengan pengiklanan atau pemasaran produk atau perkhidmatan SIC atau rakan-rakan perniagaan kami, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas dan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan mana-mana perkhidmatan SIC adalah tidak dapat kami luluskan.

      Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta kepada SIC secara notis bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud berikut:-

      1. pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon produk atau perkhidmatan SIC atau rakan-rakan perniagaan kami;
      2. mengirim kepada anda menerusi telefon bahan pengiklanan atau pemasaran SIC atau rakan-rakan perniagaan kami;
      3. menghantar menerusi emel atau sistem pesanan ringkas (SMS) bahan pengiklanan atau pemasaran SIC atau rakan-rakan perniagaan kami; atau
      4. berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran SIC atau rakan-rakan perniagaan kami.

      Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, atau pembetulan terhadap Data Peribadi atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di bawah:

      Jabatan Perkhidmatan Pelanggan  
      Alamat pos Jabatan Perkhidmatan Pelanggan
      Sepang International Circuit Sdn Bhd
      Jalan Pekeliling, 64000
      KLIA, Sepang
      Selangor Darul Ehsan
      Alamat emel inquiries@sepangcircuit.com