|
|||||||
![]() |
| Moto-X Links : HomeNewsTrack LayoutStandingsForms & RegulationsProgrammeCalendarAccess InfoHotelsConditions of Sale |
Tiada Sekelumit Getir ; Menang Kalah Adat Perlawanan - Gabit
23 April 2009, By Sepang International Circuit
Ungkaian kata âkalahâ, âtewasâ, âmengalahâ, âkecewaâ tidak pernah berada dalam kamus kehidupan saya hari ini, esok atau selamanya. Telah menjadi seakan adat dalam perlawanan kalah menang adalah lumrah perjalanan kehidupan. Saya tetap akan berusaha sedaya upaya untuk mempamerkan prestasi yang mantap, licik tetapi cukup kemas,â kata anak muda berusia 18 tahun Mohd Habibullah Mohd Saleh. Kejohanan AAM-SIC 2009 bakal memasuki pusingan kedua minggu ini bakal bertempat di Litar Motocross Sepang dengan menampilkan beberapa muka-muka veteran yang berpengalaman luas dalam dunia sukan motocross. Dengan kehadiran Larry Stuart Blair, Pierre Yves Catry, Pakasit Suksripaisa pelumba yang bergiat aktif di negara asalnya akan mempertaruhkan pengalaman dan kebolehan mereka untuk bersaing di dalam kategori Expert.
âJauh disudut hati kecil, niat saya tidak lain tidak bukan adalah untuk terus menguasai perlumbaan walaupun semakin lama persaingan semakin sengit. Apa-apa pun saya turun dengan penuh sinar keyakinan baru, dan kini saya perlu untuk melakukan kejutan,â katanya lagi. âTeknik-teknik penunggangan yang kemas dan pantas akan saya praktikkan untuk perlumbaan kali ini. Teknik baru ini akan saya sesuaikan dengan keadaan baru Litar Sepang agar lebih berbisa,â tambah Gabit lagi. Saya perlu perbaiki cara saya mengambil selekoh agar lebih cepat dan selamat. Rata-rata pelumba berpengalaman mempunyai kemahiran dan kelebihan untuk mengambil selekoh dengan pantas. Momentum yang ada melonjakkan mereka lebih kehadapan lantas mendahului saya. Ini yang perlu saya bimbangkan dan saya perlu mencari jalan.Apa-apa pun saya pasti lakukan yang terbaik.,â katanya lagi. Halangan utama saya adalah untuk tidak membuat apa-apa kesilapan dalam penunggangan sepanjang pelumbaan. Padah akan menanti jika saya terjatuh. Larry Stuart Blair dan Pierre Yves Catry pasti akan cuba untuk menyekat kemaraan saya dan saya tidak rela dikalahkan mereka lagi. âWalaupun terpaksa bersaing dengan mereka saya tetap gembira kerana dengan adanya pencabar-pencabar yang penuh berbakat dan berpengalaman akan memberi saya satu dorongan untuk melakukan yang terbaik disamping saya dapat mempelajari teknik-teknik baru dari merekaâ. Mohd Habibullah Mohd Saleh atau lebih dikenali ramai dengan nama samaran GABIT, telah mula melibatkan diri didalam arena perlumbaan lasak ini seawal usia 10 tahun dan ternyata anak muda ini mempunyai bakat dan mampu mengorak langkah lebih jauh lagi dan tidak mustahil menjadi bakal menjadi pelapis negara yang berkaliber. Teknik penunggangan menjadi debaran yang menggusarkan. Dengan adanya Larry Stuart Blair dibelakang selalunya beliau akan menberikan tekanan yang hebat dan ini akan membuatkan saya melakukan kesilapan demi kesilapan. Untuk mengatasi perkara ini, saya mendisiplinkan diri saya untuk berlatih paling kurang 3 kali sehingga 5 kali seminggu untuk memantapkan cara persembahan saya. Saya perlu mengetengahkan teknik penunggangan baru yang lebih selesa dan konsisten. Kejuaraan minggu ini juga bakal menyaksikan beberapa aksi yang mencabar didalam kategori Novis, kategori Junior, Trail Bike, Cubcross, dan kategori Veteran.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Irwan A. Rahman melalui email irwan.rahman@sepangcircuit.com.my atau hubungi terus ditalian 017 372 5777. |
||||||||||||
| For Ticket Reservation, Please Call +603-8778 2222 OR Visit Our Ticket Agents |
|
||||
|