Next : F1 2012: Petronas Malaysia Grand Prix : 23-25 MAR 2012
Next :Malaysia Merdeka Endurance Race: 29 AUG-01 SEP 2012
Next : World Motorcycle Grand Prix: 19-21 OCT 2012
Next : Sepang 1000km: 06-08 DEC 2012
Next : F1 2012: Petronas Malaysia Grand Prix : 23-25 MAR 2012
Next :Malaysia Merdeka Endurance Race: 29 AUG-01 SEP 2012
Next : World Motorcycle Grand Prix: 19-21 OCT 2012
Next : Sepang 1000km: 06-08 DEC 2012
Berusia 13 tahun, Firdaus kini mendahului adiknya, Faizuddin, 12, dengan kelebihan satu mata dengan masing-masing mengutip 350 dan 349 mata menjelang saingan penentuan pada Pusingan 7 dan pusingan terakhir ini untuk para pelumba di bawah umur 16 tahun itu.
“Antara mereka, saya sebenarnya tiada pilihan – biarpun abang atau adik. Sesiapa menangpun, saya akan tetap gembira,” kata bapa mereka, Ishak Muliawan Jamaluddin, seorang kontraktor dan penggiat sukan motocross dari Batu Pahat, Johor.
Secara ikhlas, Ishak menyatakan bahawa beliau membawa kedua-duanya itu ke sukan motocross tanpa sebarang sasaran selain daripada untuk mendekatkan beliau dengan anak-anaknya dan meluangkan lebih banyak masa bersama.
“Firdaus ketika itu selalu sangat keluar dengan kawan-kawannya … kadang-kadang sampai saya tak tahu dia pergi mana. Kadang-kadang memancing, kadang-kadang pergi main jauh-jauh. Jadi, saya risau kerana pada itu dia baru berumur lapan tahun. Jadi, saya bawa dia main sukan motocross.
“Nasib saya baik, dia cukup berminat. Dan, apabila adiknya tengok, diapun nak main sekali. Jadi, diapun main bersama dan nampak Faizuddin lebih berbakat lagi. Bayangkan, dia adalah juara bertahan kelas junior ini. Tahun lepas, dia muncul juara. Tahun ini, dia nasib tak baik kerana terpaksa terlepas Pusingan 4 kerana kakinya patah,” kata bapa kepada empat orang anak lelaki itu.
Selain Firdaus dan Faizuddin, seorang lagi pelumba yang mampu mencabar kejuaraan kelas junior ialah Muhammad Alif Jamal, yang mempunyai 345 mata. Ketiga-tiga mereka mewakili pasukan CBK Kawasaki, yang turut menampilkan pendahulu kejuaraan kelas expert Larry Stuart Blair dari New Zealand dan kelas novis, Hazlanshah Mohd Noor.
“Kalau Alif menang pun, saya tetap gembira. Kerana, kami semua adalah daripada satu pasukan. Dan, seperti yang saya katakan matlamat asal saya membawa anak-anak saya memasuki sukan motocross ini adalah untuk merapatkan hubungan kami anak-beranak.
“Pembabitan dalam sukan motocross ini juga banyak mengubah kedua anak-anak saya itu. Mereka lebih disiplin; mereka lebih berani dan lebih berkeyakinan. Percaya atau tidak, pelajaran mereka pun lebih baik daripada dulu. Jadi, sebagai ayah, saya sangat gembira untuk mereka,” tambah Ishak lagi.
Selain kedua-dua anaknya, Ishak turut memuji keupayaan Hazlanshah, yang baru berusia 16 tahun dan penunggang berusia 14 tahun Khairil Syazwan Mohd Khair Affendi, yang juga anak saudara beliau dan kini bersaing dalam kelas novis.
“Saya lihat mereka ini semua berpotensi maju dalam sukan motocross ini dan mengikut langkah Gaban dan Gabit. Tetapi, usaha perlu dipertingkatkan untuk memajukan sukan motocross. Perlumbaan juga perlu diadakan lebih banyak lagi supaya mereka dapat terus berlumba secara kompetitif.
Juara keseluruhan 2005, Gaban – atau nama sebenarnya Mohd Al-Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh dan adiknya Gabit – Mohd Habibullah dan juara kelas novis tahun lepas – adalah dua pencabar tunggal kepada Blair untuk merangkul kejuaraan keseluruhan kelas expert.
Gaban adalah pelumba motocross sepenuh masa dengan pasukan Boon Siew Honda Racing dan Gabit – pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Sungai Buaya di Kuala Selangor – mempunyai kontrak dengan pasukan Rani Motorsports Kawasaki tetapi dikatakan sedang dipancing oleh pasukan Boon Siew Honda Racing untuk tahun depan.
“Kejayaan Gaban dan Gabit ini telah memberikan impak yang besar dalam sukan motocross ini. Kini, sudah ada penaja yang berminat untuk melibatkan diri dalam sukan motocross ini. Minat dan kesempatan ini perlu digunakan untuk membawa sukan motocross ini ke tahap yang lebih tinggi. Kita perlu menyokong para pelumba muda negara ini,” tambah Ishak.
Memasuki pusingan terakhir yang bakal menghidangkan tiga moto dan maksima 75 mata, Blair, yang sudah mengutip 411 mata, kini mendahului Gaban dengan kelebihan 27 mata dalam saingan kelas expert. Gabit berada di tempat ketiga dengan 350 mata dan ketinggalan 61 kepada Blair dengan juara bertahan, Pierre Yves Catry dari Perancis ketinggalan lebih jauh dengan 341 mata untuk menduduki tempat keempat keseluruhan.
Mahkota untuk kejuaraan novis sudah pasti dimiliki oleh Hazlanshah Mohd Noor, yang sudah mengumpul 391 mata dan mempunyai kelebihan 61 mata ke atas pencabar terdekat Mohd Faiz Embok Chenig dengan 330 mata. Mohd Khairi Zakaria agak jauh ketinggalan di tempat ketiga keseluruhan dengan 229 mata.
Begitu juga untuk saingan jentera trailbike di mana penunggang muda dari Kuala Ketil, Kedah, Ahmad Nasaie Najmi, yang telah memenangi kesemua empat pusingan dan 12 moto sebelum ini, dijangka dinobatkan sebagai juara baru 2008. Mengumpul 372 mata, Ahmad Nasaie memiliki kelebihan 35 mata ke atas pencabar terdekat, Sahrinnizam Abu Bakar.
Bekas juara kebangsaan sebanyak 10 kali, M. Chandran, yang kembali aktif di litar saingan selepas beberapa tahun menyepikan diri, berpeluang cerah untuk menambah satu lagi kejuaraan pada Ahad nanti. Mengumpul 363 mata, Chandran kini mendahului saingan kelas veteran dengan kelebihan 12 mata ke atas pencabar terdekat, Kan Yin Heng, yang mempunyai 351 mata. Chris Sullivan menduduki tempat ketiga dengan 315 mata.
Para pelumba akan menjalani sesi ujian bebas pada esok (Sabtu, 5 November) sebelum bertarung dalam tiga moto pada keesokan harinya pada 16 November bagi menyempurnakan saingan musim 2009.
| Kedudukan mata selepas 6 pusingan | ||
| Tempat | Nama | Mata |
| Kelas Expert | ||
| 1 | Larry Stuart Blair (Kawasaki) |
411 |
| 2 | Mohd Al-Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh (Honda) | 384 |
| 3 | Mohd Habibullah Mohd Salleh (Kawasaki) | 350 |
| 4 | Pierre-Yves Catry (Yamaha) | 341 |
| 5 | Mohd Fariq Bachok (Yamaha) | 283 |
| Kelas Novis | ||
| 1 | Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki) |
391 |
| 2 | Mohd Faiz Bachok (Honda) | 330 |
| 3 | Mohd Khairi Zakaria (Kawasaki) | 229 |
| 4 | Ahmad Nasaie Najmi (Honda) | 225 |
| 5 | Mohd Faizol Fuad Sallehan (Kawasaki) | 218 |
| Kelas Veteran | ||
| 1 | M. Chandran (Honda) | 363 |
| 2 | Kan Ying Heng (Yamaha) | 351 |
| 3 | Chris Sullivan (Honda) | 315 |
| 4 | J. Jegathesan (Kawasaki) | 298 |
| 5 | Peter Grinsted (KTM) | 249 |
| Kelas Trailbike | ||
| 1 | Ahmad Nasaie Najmi (Honda) | 372 |
| 2 | Sahrinnizam Abu Bakar (Honda) | 337 |
| 3 | Mohamad Nooriman Sapari (Kawasaki) | 305 |
| 4 | Muhammad Khaidir Sirat (Kawasaki) | 285 |
| 5 | Mohamad Firdaus Agos Mawardi (Kawasaki) | 222 |
| Kelas Junior | ||
| 1 | Muhammad Firdaus Ishak (Kawasaki) | 350 |
| 2 | Faizuddin Naim Ishak (Kawasaki) | 349 |
| 3 | Mohammad Alif Ishak (Kawasaki) | 345 |
| 4 | Mohamad Fadzli Embok Chenig (Honda) | 299 |
| 5 | Muhammad Akhmal Mohd Jais (Kawasaki) | 207 |
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pegawai Akhbar SIC Azhar Ghazali di 019 383 7865
For ticket reservation, please call +603-8778 2222 OR visit our ticket agents, else click here to purchase your ticket online now!