Next : F1 2012: Petronas Malaysia Grand Prix : 23-25 MAR 2012
Next :Malaysia Merdeka Endurance Race: 29 AUG-01 SEP 2012
Next : World Motorcycle Grand Prix: 19-21 OCT 2012
Next : Sepang 1000km: 06-08 DEC 2012
Next : F1 2012: Petronas Malaysia Grand Prix : 23-25 MAR 2012
Next :Malaysia Merdeka Endurance Race: 29 AUG-01 SEP 2012
Next : World Motorcycle Grand Prix: 19-21 OCT 2012
Next : Sepang 1000km: 06-08 DEC 2012
Secara jujur, pemandu negara Wira Dani Daim menyifatkan peluang beliau untuk bergelar juara Malaysian Super Series (MSS) 2007, yang bakal ditentukan pada saingan pusingan akhir di Litar Sepang esok, adalah satu ‘misi mustahil’. Kejuaraan itu sudah pasti menjadi milik pemandu Sri Lanka Dilantha Malagamuwa.
Secara matematik, peluang Wira Dani, yang ketinggalan 13 mata di belakang juara bertahan Kejuaraan Supercar itu, masih terbuka. Namun, beliau memilih untuk bersifat realistik dalam saingan peribadinya dengan Dilantha, yang mempunyai 145 mata berbanding 132 yang dipungut Wira Dani selepas empat pusingan.
“Peluang akan hanya muncul sekiranya Dilantha menghadapi masalah dengan jentera nya. Tetapi, yang jelas, jentera Porsche dipandu beliau cukup mantap. Sepanjang kejuaraan musim ini, jentera beliau sememangnya sempurna,” kata Wira, yang pernah mencatat dua kemenangan ke atas Dilantha musim ini. Selainnya, semuanya dimenangi oleh Dilantha dan Wira Dani terpaksa berpuas hati sebagai naib juara.
Catatan kemenangan pertama beliau dihasilkan pada saingan Perlumbaan 2 untuk Pusingan 1 pada bulan April sekali gus memberikan beliau trofi kemenangan pusingan berkenaan. Pencapaian itu diulangi pada saingan Pusingan 2 di mana Wira memenangi Perlumbaan 2 sekali gus dinobatkan sebagai pemenang pusingan.
“Apapun, saya tidak akan kecewa sekiranya muncul naib juara. Kami tahu bahawa kami telah memberikan segala-galanya dan telah berusaha sepenuhnya. Jadi, kami akan tetap berbangga dengan kejayaan musim ini,” kata pemandu pasukan Fugazi Racing Team.
“Matlamat kami pada perlumbaan esok (2 Disember) adalah untuk mencatat kemenangan. Itu sasaran kami dan kami akan berusaha mengejar sasaran berkenaan. Secara jujur, saya akan kata bahawa ia adalah tugas yang berat,” tambah Wira Dani.
Dari segi pengalaman, Dilantha jauh lebih berpengalaman daripada Wira Dani dengan penyertaannya dalam Kejuaraan Touring Car Asia dan juga Kejuaraan Japan GT untuk pasukan Hayashi, yang berpengkalan di Jepun.
Wira Dani, sebaliknya, hanya membuat penampilan pertama dalam kejuaraan MSS ini selepas berlumba aktif memandu jentera Proton GTI pada Kejuaraan Kebangsaan Kereta Proton, yang begitu popular tidak berapa lama dulu.
Malangnya, kejuaraan itu sudah berakhir dua tahun lepas dan Wira Dani, yang terpaksa membahagikan masa antara karier pelumba dan dunia korporat beliau, mengalihkan pandangan kepada MSS.
“Ia adalah kejuaraan sulung yang cukup menarik bagi saya dan pasukan saya. Dan, kami benar-benar seronok bertanding dalam MSS dan berazam untuk mempamerkan prestasi yang lebih mantap tahun depan,” tambah pelumba negara itu.
Diperkenalkan oleh SIC pada 2002, kejuaraan MSS ini diwujudkan bagi memperhebatkan lagi sukan pemotoran tanahair dan menghidangkan lebih banyak peluang untuk pelumba negara bersaing secara kompetitif.
Ia turut bertujuan untuk menggalakkan penubuhan pasukan-pasukan lumba yang lebih teratur dan profesyenal seperti Fugazi Racing Team dengan anak-anak Malaysia menggendalikan seluruh bidang pentadbiran pasukan daripada pengurusan, penajaan, promosi, publisiti, penyediaan jentera dan tenaga mekanik.
Terbahagi kepada pertandingan motosikal dan kereta, saingan untuk kejuaraan kereta melibatkan perlumbaan jentera Supercar, Supersaloon untuk jentera 2000cc, Supersixteen untuk jentera 1600cc, Supercompact untuk jentera di bawah 1000cc dan perlumbaan satu jenis kereta Piala Integra Malaysia JPM.
Kategori pertandingan untuk motosikal pula melibatkan jentera Superbike, Supersports untuk jentera 600cc, jentera 135cc, Piala Aprilia untuk jentera Aprilia 250cc dan Piala Kawasaki untuk motosikal Kawasaki 150cc.
Para peserta mengharungi sesi kelayakan hari ini untuk menentukan kedudukan grid pada saingan Perlumbaan 1. Kedudukan grid untuk Perlumbaan 2 adalah berdasarkan kepada keputusan pada Perlumbaan 1.
For ticket reservation, please call +603-8778 2222 OR visit our ticket agents, else click here to purchase your ticket online now!