SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT, Malaysia | Home of Motorsports

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 
SIC AAM Malaysian Motocross Championship 2008
Moto-X Links : HomeNewsTrack LayoutStandingsForms & RegulationsProgrammeCalendarAccess InfoHotelsConditions of Sale
RSS Feed

Latest News

Search News
*
* Please enter descriptive keywords. Do not enter questions or sentences.
  • Result 1
  • Result 2
  • Result 3
SIC AAM Motocross Championship 2009
11 OCT 2009 ROUND 5
Pos
Name
Points
Expert Class
1 Arnon Theplib 72
2 Muhamad Habibullah B. Mohd saleh 63
3 Mohd al Amirul Ashshahid 60
Novice Class
1 Muhamad Rizal B. Ramli 72
2 Muhammad Alif  Jamal 64
3 Wong Chun Voon 63
SIC AAM Motocross Championship 2009
11 OCT 2009 ROUND 5
Pos
Name
Points
Veteran Class
1 Johhann Enrique Rodriguez Romero 75
2 Jagathesan a/l Jakanathan 64
3 Stephan Rausch 62
Junior Class
1 Faizuddin Naim Ishak Muliawan 75
2 Mohamad Fadzil B. Embok Chening 64
3 Muhamad Akhmal Mohd Jais 56
SIC AAM Motocross Championship 2009
11 OCT 2009 ROUND 5
Pos
Name
Points
Cubcross Class
1 Abdul Halil Melan 69
2 Muhammad Khaidir Sirat 65
3 Muhammad Aswad b. Buang 63
Cadet Class
1 Mohammad Arifudin B. Mohamad Kasim 69
2 Mohd Zulnazmi B. Mohd Zulhilmi 68
3 Muhammaad Ibrahim B. Mohd Norrodin 62
Trail Bike Class
1 Wong Chun Voon 70
2 Irwan Bin Daharuji 69
3 Wong Chun Wei 62

Robo Menaruh Harapan Kemenangan Sempurna Di Litar Grik

06 September 2007

Dengan berbaki dua pusingan dan ketinggalan 60 mata, penunggang New Zealand James Robinson tetap menaruh harapan untuk menjulang mahkota Kejuaraan Motocross Malaysia 2007, yang memasuki Pusingan 7 di Litar Motocross Grik, Perak hujung minggu ini.

“Segalanya masih terbuka … saya yakin boleh melakukannya,” kata Robinson, yang akan dibantu oleh adiknya, Michael untuk mengibarkan cabaran pasukan KTM Racing pada perlumbaan berkenaan.

Lebih dikenali dengan nama Robo, bekas juara Asia itu meletakkan sasaran untuk memenangi ketiga-tiga moto di Grik untuk mengutip 75 mata dan berharap adiknya akan mengambil tempat kedua untuk menguatkan lagi peluang beliau untuk mengatasi pendahulu kejuaraan Pierre Yves Catry dari Perancis bagi muncul juara keseluruhan kelas expert.

“Itulah strategi kami. Mencatat keputusan 1-2 supaya Pierre tidak mengutip terlalu banyak mata. Dengan ini, saya akan merapatkan jurang dengan Pierre dan seterusnya mencabar beliau pada pusingan akhir nanti. Saya yakin kami berdua mampu melakukannya,” kata Robo, yang ketinggalan dalam kutipan mata keseluruhan kerana tidak menyertai dua pusingan.

Menganjurkan perlumbaan buat pertama kali, Litar Motocross Grik menghidangkan cabaran baru kepada semua pelumba kerana tiada di antara mereka pernah menunggang di sana. Sekali gus, ia menjadi gelanggang ujian getir kepada Robo, yang menaruh harapan penuh untuk mencipta kemenangan sempurna dan mengutip kesemua 75 mata.

Memenangi kesemua pusingan yang disertainya musim ini, Robo, yang menunggang jentera KTM 450cc, kini mengutip 286 mata berbanding dengan Catry, yang mempunyai 346 mata. Pelumba negara Mohd Norhafizi Hashim menduduki tempat ketiga dengan 167 mata dan sudah dikira terkeluar daripada saingan merebut mahkota kejuaraan.

Juara keseluruhan pada 2005, Catry sedar akan ancaman yang bakal dihadapinya untuk dua pusingan akhir ini dan telah menyusun strategi tersendiri untuk memastikan kejuaraan kedua buat dirinya.

“Apa yang saya perlu lakukan adalah memastikan saya berada di tempat ketiga dalam kesemua moto yang bakal dipertandingkan pada kedua-dua pusingan. Jika mampu melakukannya, saya selamat,” kata Catry, yang hilang mahkota kejuaraannya kepada pelumba negara Mohd Al-Amirul Ashshahid Mohd Salleh musim lepas.

Al-Amirul, yang lebih dikenali sebagai Gaban, hanya beraksi pada Pusingan 1 dan 2 kerana dihalang oleh kecederaan tangan, yang memaksa beliau menjalani dua kali pembedahan.

Mengutip 124 mata, Gaban tidak dijangka untuk bersaing di Grik mahupun pada saingan penutup musim, yang bakal diadakan di Litar Motocross Sepang pada 20 Oktober sebagai salah satu acara sokongan untuk perlumbaan Polini Malaysian Motorcycle Grand Prix 2007.   

Berbeza dengan Gaban, adiknya, Mohd Habibullah, atau Gabit, gagah dalam saingan kelas novis dan telahpun mengesahkan mahkota kejuaraan dengan berbaki dua pusingan.

Walaupun sudah bergelar juara, penunggang berusia 16 tahun itu tetap berazam untuk terus menambah trofi kemenangan khususnya bersaing di litar baru.

“Semua pelumba suka bila lumba litar baru … cabaran baru. Sebab itu, kena cuba habis-habisan hendak menang,” kata Gabit, juara kelas junior dua tahun lepas, dan dikenali sebagai pelumba yang sentiasa komited untuk mencipta kemenangan.


Share |

Visit Malaysia 2007

 

For Ticket Reservation, Please Call +603-8778 2222 OR Visit Our Ticket Agents